Friday, December 6, 2013

Bila Kami Bergabung: Set Slimming

Bila kami bergabung. Meletopp..

Kami gabungan untuk membantu anda menurunkan berat badan.

Tidak.
Kami tidak menjanjikan anda dengan janji-janji manis.
Kami juga tidak membuat anda turun 20kg dalam masa sebulan.

Yija kehilangan berat badan selepas bersalin sebanyak 15kg.
Percayalah.
Yija tidak sukakannya.
Muka jadi cengkun, tak bermaya, tua..
Badan letih.
Semua orang kata Yija sakit.huh?
Tak. Yija tak ambil sebarang supplemen ketika itu. Tengok gambar-gambar Yija.



Ini Yija dengan students form 5

Ini Yija selepas bersalin. Tua kan? Cengkung..

Nanti, Yija akan upload gambar-gambar sekarang dan selepas amik Shaklee. Badan dia dah naik sket dah.

Mungkin anda suka berat badan anda turun dengan cepat.
Tapi, anda pasti pil yang anda makan untuk kurus itu menjamin anda dapat bertahan untuk hidup lebih lama tanpa kesan sampingan?
Ada pengiktirafan daripada KKM?
Apa kandungan ubat kurus anda?
Easy come, easy go bebeh..



Ini gabungan daripada kami yang Yija amat suka.




Saya Sebiji Omega Guard

Saya membantu pembakaran lemak dan mengelakkan pengumpulan lemak. Jadi bila lemak sudah kurang, kolestrol pun berada dalam paras yang sihat.Obesiti pun takkan terjadi kalau lemak jahat sudah pergi. Sudah tentu mengurangkan risiko sakit jantung. Hebat kan saya?

Selain itu saya membantu meningkatkan sistem imun tubuh. Zara, anak Yija pun amalkan makan saya. Yija kata ini untuk meningkatkan perkembangan otak Zara dan membantu menguatkan paru-paru. Pengalaman waktu Zara kena batuk teruk sangat perit untuk Yija.

Saya Sebiji Herb-Lax

Saya sangat laris di Shaklee. Berbulan lamanya tak ada stok. Sekarang saya sudah kembali. Macam Aaron Aziz plak larisnya. Ehem.. Maaf..

Saya bertindak sebagai agen detox. Saya mencuci toksin dan kekotoran di dalam badan. Semua kekotoran dalam usus akan saya tendang, ligan (orang Perlis kata), gigit, tembak, cangkul.. Semualah untuk bantu anda serap nutrien yang anda makan.

Oh. Kalau anda ibu yang menyusu, tak boleh ambil saya. Takut nanti ada kesan kepada baby. Sebab saya ada senna. Kalau untuk yang susah 'membuang, senna ni sangat bagus. Tapi tak digalakkan ambil selalu. Nanti usus malas kerja. Biasa ni.. Haaiipp.. Sebab tu Yija cuma ambil saya 2 kali seminggu je.

Eh. Mungkin anda tertanya-tanya. Kenapa saya tulis Set Cepat? Haa.. Nanti saya akan jelaskan lagi tentang set slimming lain dan bezanya.

Kemudian saya akan tulis lagi gabungan kawan-kawan saya yang baik untuk membantu proses penurunan beran badan anda secara sihat.



Untuk sebarang pertanyaan, konsultan, pembelian atau berminat untuk dapatkan produk Shaklee, bolehlah hubungi Yija.


SMS/Whatsapp/Call
019-4722250

Email
yijayeen@yahoo.com

Like Page Facebook
Saya Sebiji Vitamin

0 pemikir agung :

Post a Comment

Disclaimer / Penafian

Penafian ini berkaitan blog/laman web milik penulis yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Penulis bukan doktor mahupun pakar perubatan dan penulis ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tidak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Maklumat dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan sebagai pengganti rawatan perubatan dan konsultasi doktor mahupun dianggap sebagai preskripsi. Sesiapa yang percaya bahawa mereka mengalami sebarang jenis penyakit atau masalah kesihatan, sila berjumpa dengan doktor untuk nasihat perubatan dan rawatan susulan.


Memandangkan penulis ada menyertakan testimonial pengguna produk yang disarankan, sila ambil perhatian bahawa pengalaman yang dikongsi oleh pengguna tidak pernah sesekali disarankan mahupun disahkan oleh pihak pembuatan produk berkenaan. Maklumat dalam blog/laman web ini bertujuan untuk berkongsi maklumat umum atau sumber rujukan sahaja, bukan sebagai nasihat perubatan. Setiap individu mungkin mengalami pengalaman yang berlainan dan tidak semestinya sama.


Tiada claims, guarantee, warranty atau assurance yang dijanjikan. Pengalaman pengguna yang disertakan bukan bermaksud untuk digunakan sebagai diagnosis atau rawatan penyakit sebaliknya maklumat yang terkandung dalam blog/laman web adalah sah untuk menyarankan penggunaan vitamin/suplemen dan mineral untuk menjauhi sebarang kekurangan vitamin/suplemen dan mineral dalam badan.


Penulis dan pengedar berkaitan tidak bertanggungjawab untuk sebarang salah interpretasi atau salah guna maklumat dalam blog/laman web ini.