Saturday, June 21, 2014

Saya Sebiji Peppermint Ginger Plus

Mabuk hamil selalunya berlaku dalam minggu yang ke 4 dan berakhir sehingga minggu ke 12 atau 13. Kadangkala berlarutan melepasi minggu ke 13. Mungkin disebabkan oleh meningkatnya sensitiviti terhadap hormon yang bertambah semasa hamil. Tidak seperti loya yang dikaitkan dengan sesuatu penyakit, loya mengandung meningkat apabila perut kosong. Untuk mengelakkan keadaan ini, makanlah lebih kerap tetapi sedikit-sedikit. Cuba mengambil biskut atau roti di waktu pagi sebelum keluar dari tempat tidur.

Elakkan juga dari makanan yang berlemak dan berempah. Pastikan pengaliran udara dalam rumah atau di tempat kerja dalam keadaan baik.

Ramai yang mencuba peppermint-Ginger Plus untuk menghilangkan masalah ni. Antara kebaikan nnya ialah:

1. Pudina

Melegakan otot perut, ia mempunyai kesan penenang.
Membantu dalam penghadaman, mabuk laut / darat, membantu melegakan kesakitan gastrik, pedih hulu hati dan cirit-birit.
Selain itu, ia melegakan kesan-kesan sampingan seperti muntah dan kehilangan selera makan yang timbul daripada rawatan kemoterapi
Pudina merangsang mengeluarkan peluh, oleh itu ia menyekat demam apabila seseorang itu dijangkiti selesema
Perasaan sejuk dan menyegarkan daripada pudina membantu memelihara pemikiran yang jelas dan tetap fokus

2. Halia

Masyarakat Cina telah menggunakan halia lebih daripada 2 ribu tahun.
Halia merangsang rembesan enzim saliva untuk pencernaan makanan
Ia melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakit haid, loya dan mual angin ketika mengandung, seleps melahirkan anak (semasa pantang).
Satu kajian di United Kingdom menunjukkan bahawa halia menghalang muntah selepas pembedahan pesakit wanita; penyelidik di Switzerland mendapati halia adalah berkesan sebagai remedi lain seperti merawat mabuk laut
Laporan penyelidikan awal telah merumuskan bahawa halia adalah berkesan dalam merawat / mencegah masalah kesakitan dalam perjalanan / pengembaraan.

3. Pokok Adas (fennal)

Orang-orang Eropah mengambil biji adas selepas makan untuk menghilangkan kembung perut.
Ia melegakan sakit perut, melegakan gejalan flur
Ia juga dapat membantu dalam masalah alergi pada saluran asas

4. Cekur Manis

♥Digunakan oleh orang-orang Mesir purba.

♥Ia melegakan masalah pencernaan dan gejala kesakitan haid, batuk dan kahak.

♥Merangsang rembesan jus gastrik untuk pencernaan, menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit yang biasa

♥Melegakan haba di musim panas dan lembap

♥Memberi peredaran tenaga di dalam badan dan lembut pada perut

Hubungi Yija untuk konsultasi percuma 0194722250
FB: Saya Sebiji Vitamin

Saturday, December 28, 2013

Saya Sebiji Ostematrix

Susahnya minum susu..
Tak sedap..
Bau macam lembu..

Tapi..
Tulang dah bunyi kreok..kreok.. macam cerita Ali Baba Bujang Lapuk. Dah reput.. kerja berat takut reput tulang..
Tak minum susu ler teww..

Secara ringkasnya. Untuk yang mahukan kebaikan kalsium tapi maaaaalaaass minum susu. Makanlah saya. Ostematrix jawapannya.
Pil kalsium?? Ee.. makan pil kalsium boleh jadi batu karang wehh..

Sebab tu 4 biji Ostematrix yang bersamaan dengan segelas susu digabungkan dengan magnesium dan vitamin D.. Kenapa? Magnesium dan vitamin D ni akan membantu proses penyerapan kalsium. Takdela kalsium bertakung dalam buah pinggang.

Saya yang comel ini juga didatangkan dengan pakej pelbagai lagi kebaikan. Haa..tengok gambar.

Tunggu apa lagi dong..ayuhhh..

Thursday, December 19, 2013

KENAPA SHAKLEE?

Kenapa Shaklee?

Sedangkan banyak lagi produk yang dapat memberikan pendapatan lumayan kepada Yija?

Sebenarnya Yiha tak terlintas pun nak business.  Tak berapa minat memandangkan Yija sibuk di sekolah.

Tapi Yija mencari-cari produk yang sesuai untuknya. Yija nak ambil supplement sebab badan Yija tak sihat lepas bersalin.

Yija pernah dengar tentang Shaklee. Tapi semua orang kata Shaklee mahal. Kemudian ada kawan Yija di facebook yang promite Shaklee. Yija bertanya-tanya dan terdetik untuk jadi ahli. So nanti bolehla beli dengan harga yang lebih murah.

Amazingly,  bila dah join Shaklee, surf internet dan mencuba sendiri produk Shaklee.. Yija jatuh chenta lagi..

Produk Shaklee seolah-olah membawa sinar dan harapan baru untuk Yija. Yiha lagi bersemangat dan rasa sihat. Itu baru makan vitalea dan gla complex.

Lepas tu Yija berhasrat untuk sama-sama sebarkan kebaikan Shaklee. Jomlah. Yija masih ingin banyak belajar dan mengenali Shaklee. Jom kita buat sama-sama nak?

Hubungi Yija kalau anda nak sertai kembara Yija bersama Shaklee.

019-4722250
www.facebook.com/sayavitamin

Wednesday, December 11, 2013

Set Migrain Shaklee

"Kalau aku migrain, comfirm aku hantuk kepala kat dinding."

"Migrain ja, anak pon aku tak nampak."

"Memang tak kerja la kalau migrain."

Ini komen beberapa kawan Yija. Jadi. Jom kita tengok. Kenapa migrain boleh datang menganggu anda macam bayang-bayang..




Sebab-sebab gaya hidup mungkin punca utama migrain

§         Tidak cukup atau terlebih tidur, atau tidur yang tidak teratur boleh menyebabkan migrain
§         Pemakanan yang tidak seimbang 
§         Perubahan cuaca (Ini termasuk keadaan pancaran matahari yang terang atau lampu)
§         Bunyi dan bau kuat.
§         Menonton TV atau menghadap skrin komputer terlalu lama.
§         Tekanan emosi atau stres
§         Merokok  
§         Jantina (3 – 4 kali lebih kerap di hidapi wanita berbanding lelaki)
§         Ketidakseimbangan hormon ketika dating haid (bagi wanita).

Namun begitu, punca sebenar penyakit ini masih belum dipastikan sehingga kini.
Pakar kesihatan percaya yang migrain adalah berpunca dari salur-salur darah di dalam kepala yang mengembang dan kemudian menguncup secara mengejut.

Wanita mempunyai kecenderungan menghidap migrain yang lebih tinggi berbanding lelaki (75%), kebiasaan sebelum haid dan selepas menopaus. Penemuan terbaru juga mengatakan ia mungkin disebabkan genetik.  

Bila migrain datang, pesakit akan diberi ubat tahan sakit, ubat tahan muntah dan sebagainya bagi mengawal kesakitan mereka. Bagi pesakit yang agak teruk, dos dadah yang lebih tinggi diberikan agar dapat melalikan sistem badan mereka daripada kesakitan yang ditanggung.

Oleh itu, adalah lebih baik pesakit memilih cara alternatif untuk mengatasi masalah migrainnya. Pengambilan supplemen natural adalah langkah terbaik bagi mengatasi masalah migrain.

Jadi apa yang Shaklee cuba untuk tawarkan kepada anda.



OSTEMATRIX
***************
Pengidap migraine dinasihatkan mengambil calcium dan magnesium dalam jangkamasa panjang. Minerals ini dapat membantu mengekalkan pembuluh darah yang sihat. Kajian menunjukkan seseorang yang mengalami migraine mengalami kekurangan magnesium di dalam badan.

Ostematrix  Shaklee lengkap dengan kalsium dan magnesium yang dapat membantu mengurangkan masalah migraine yang ada alami. Ostematrix Shaklee mempunyai kandungan yang paling seimbang untuk memastikan kadar penyerapan adalah 99%. Mempunyai formula yang unik, dibuat daripada mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati. Ianya mengandungi Kalsium, Magnesium, Fosforus, Vitamin D, Zinc, Kuprum, Mangnes dan boron. Nutrien-nutrien ini perlu diambil bersama-sama untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral. 



B-COMPLEX
**************
Adakah anda mendapat vitamin B yang mencukupi? Tekanan harian, tabiat pemakanan yang tidak sihat dan sesetengah bahan ubatan boleh meningkatkan risiko kekurangan bekalan vitamin B anda. Justeru itu, vitamin B merupakan keperluan asas dalam diet sihat kita.

B Complex Shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik.

**B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga.

Menurut kajian, pengambilan 400mg Vitamin B riboflavin dapat mengurangkan serangan migraine. 



Untuk sebarang pertanyaan, konsultan, pembelian atau berminat untuk dapatkan produk Shaklee, bolehlah hubungi Yija.

SMS/Whatsapp/Call
019-4722250

Email
yijayeen@yahoo.com

Like Page Facebook
Saya Sebiji Vitamin

Saturday, December 7, 2013

BAHAYA GAJET

Bahaya skrin sesentuh


MELAKUKAN aktiviti bersama anak-anak penting bagi proses tumbesaran mereka. - Gambar hiasan


IBU BAPA yang membiarkan anak-anak kecil mereka bermain dengan gajet-gajet terkini seperti iPad sebenarnya boleh mengundang bahaya kepada tangan dan jari kanak-kanak tersebut.
Penyelidik dari Pusat Pembelajaran dan Terapi Maryland di Amerika Syarikat, Lindsay Marzoli memberitahu, menggunakan skrin sesentuh secara berlebihan boleh menyebabkan kanak-kanak mengalami kesan kesihatan untuk jangka masa panjang.
Ini kerana apabila mereka menggunakan skrin sesentuh, mereka tidak membina otot yang diperlukan untuk menulis.
"Jika mereka sentiasa bermain dengan iPad dan tidak melakukan aktiviti menulis di atas kertas dan menggunakan pensel, ia boleh menyebabkan otot-otot tangan mereka menjadi lemah.
"Apa yang kita lihat ketika ini, ramai kanak-kanak yang mengalami masalah di beberapa bahagian badan membabitkan pertumbuhan otot-otot mereka," ujarnya kepada stesen televisyen CBS.
Mudarat
Seorang Pakar Kanak-Kanak Pusat Perubatan Greater Baltimore, Dr. Timothy Doran pula berpendapat, masalah teknologi itu sendiri menyebabkan penyelidik tidak dapat menjangkakan kesan kepada kesihatan kanak-kanak untuk jangka panjang.
"Penggunaan komputer tablet tanpa had, tiga hingga empat jam sehari secara berlebihan tanpa pengawasan ibu bapa boleh memberikan kesan kepada pembangunan modal insan kanak-kanak tersebut," jelasnya.
Akademi Pediatrik Amerika Syarikat mengeluarkan garis panduan baharu dengan menyatakan kanak-kanak tidak dibenarkan menggunakan skrin sesentuh lebih daripada dua jam sehari.
Kanak-kanak di bawah umur dua tahun pula tidak dibenarkan sama sekali menggunakan skrin sesentuh.

KAJIAN terbaharu mendapati skrin sesentuh menjejaskan kesihatan kanak-kanak. - Gambar hiasan


Garis panduan itu juga mencadangkan televisyen, komputer tablet dan komputer tidak seharusnya diletakkan di bilik kanak-kanak.
Penyelidikan ini bukan yang pertama kali mencadangkan penggunaan skrin sesentuh secara berlebihan boleh memudaratkan kesihatan kanak-kanak.
Penyelidik dari Lembaga Kesihatan Universiti Morgannwg, Abertawe Bro, pula menyatakan, generasi muda berdepan masalah kesihatan pada bahagian tengkuk dan belakang badan apabila mereka menggunakan komputer, permainan video dan telefon pintar.
Kajian menunjukkan hampir tiga perempat daripada kanak-kanak sekolah rendah dan dua pertiga daripada pelajar sekolah menengah dilaporkan mengalami masalah pada bahagian tengkuk dan belakang badan dalam tempoh setahun yang lalu.
Pakar fisioterapi, Lorna Taylor berkata, gaya hidup moden dan peningkatan teknologi mempunyai kesan serta menjejaskan kesihatan otot kanak-kanak.
"Jika tidak ditangani sekarang, ia akan memberikan kesan jangka panjang kepada kanak-kanak apabila mereka dewasa.
"Amat penting untuk kita memupuk tabiat yang baik supaya kanak-kanak boleh menjalani kehidupan dengan selesa, dapat menumpukan perhatian, mencapai potensi penuh dan bekerja serta bersukan tanpa perlu melakukan perkara yang boleh membahayakan kesihatan mereka," beritahu beliau.
Aktiviti keluarga
Sementara itu, Pakar Bedah Tulang Belakang Kanak-Kanak di Pusat Perubatan Tropicana, Dr. Mohammad Nawar Ariffin memberitahu dari segi teori, masih terlalu awal untuk membuktikan kesan skrin sesentuh kepada kanak-kanak.
"Sebahagian otak diperuntukkan kepada fungsi tangan dan menggunakan skrin sesentuh menyebabkan tidak banyak pergerakan yang berlaku kerana mereka menggunakan satu jari sahaja. Disebabkan itu, penyelidik berpendapat otak kanak-kanak tidak dirangsang.
"Perlu diingat, zaman sudah berubah dan mereka bukannya tidak melakukan aktiviti lain yang boleh merangsang pergerakan tangan mereka," jelasnya sambil memberitahu, tumbesaran kanak-kanak bukan terletak pada keadaan fizikal sahaja tetapi juga membabitkan faktor mental, emosi dan persekitaran.
Tambahnya, ibu bapa juga sebenarnya lebih gemar memberikan iPad kepada anak mereka untuk mendiamkan mereka.
"Ibu bapa seharusnya memperuntukkan masa kepada anak-anak dengan melakukan aktiviti seperti bermain bersama dan bukannya menyogok mereka dengan gajet terkini," ujarnya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1124&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_02.htm#ixzz2nz4ink55 
Hakcipta terpelihara 

Disclaimer / Penafian

Penafian ini berkaitan blog/laman web milik penulis yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Penulis bukan doktor mahupun pakar perubatan dan penulis ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tidak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Maklumat dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan sebagai pengganti rawatan perubatan dan konsultasi doktor mahupun dianggap sebagai preskripsi. Sesiapa yang percaya bahawa mereka mengalami sebarang jenis penyakit atau masalah kesihatan, sila berjumpa dengan doktor untuk nasihat perubatan dan rawatan susulan.


Memandangkan penulis ada menyertakan testimonial pengguna produk yang disarankan, sila ambil perhatian bahawa pengalaman yang dikongsi oleh pengguna tidak pernah sesekali disarankan mahupun disahkan oleh pihak pembuatan produk berkenaan. Maklumat dalam blog/laman web ini bertujuan untuk berkongsi maklumat umum atau sumber rujukan sahaja, bukan sebagai nasihat perubatan. Setiap individu mungkin mengalami pengalaman yang berlainan dan tidak semestinya sama.


Tiada claims, guarantee, warranty atau assurance yang dijanjikan. Pengalaman pengguna yang disertakan bukan bermaksud untuk digunakan sebagai diagnosis atau rawatan penyakit sebaliknya maklumat yang terkandung dalam blog/laman web adalah sah untuk menyarankan penggunaan vitamin/suplemen dan mineral untuk menjauhi sebarang kekurangan vitamin/suplemen dan mineral dalam badan.


Penulis dan pengedar berkaitan tidak bertanggungjawab untuk sebarang salah interpretasi atau salah guna maklumat dalam blog/laman web ini.